Input your search keywords and press Enter.

Ops Limau Gempur Sampai Lenyap

M Update, 15/2/2019 – Ops Limau yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1 Februari lalu berjaya menahan seramai 1,035 kaki judi termasuk warga emas.

Semua ditahan membabitkan 965 lelaki dan 70 wanita tempatan berusia antara 20 tahun hingga 68 tahun yang leka bermain permainan judi seperti judi lumba kuda, judi bola ping pong, judi tong kaw, holo dan tau ngau.

Ops Limau dijalankan susulan peningkatan kegiatan perjudian sempena musim perayaan Tahun Baru Cina. Sepanjang tempoh 14 hari Ops Limau juga, sebanyak 176 serbuan dijalankan termasuk di premis judi haram, restoran serta di kawasan kediaman.

Selain itu, wang pertaruhan berjumlah RM650,896 turut dirampas. Menerusi operasi itu juga polis turut berjaya menggempur kegiatan sindiket perjudian simulator di sebuah premis rumah kedai dua tingkat di Ipoh, Perak, Sabtu lalu.

Dalam serbuan itu, sindiket judi simulator berkenaan menggunakan alat kawalan jauh bagi membolehkan kaki judi bertaruh menerusi aplikasi dipancarkan menggunakan projektor.

Aplikasi judi dipapar menerusi projektor bagi membolehkan kaki judi bertaruh secara beramai-ramai seperti judi Wukong, permainan slot maharaja dan mesin slot tembak ikan.

Selain itu, sindiket judi berkenaan turut dikesan menjalankan kegiatan judi bola ping pong atau judi bola golek. Iindividu yang mahu berjudi di situ perlu menukar wang tunai kepada bentuk ‘chip’ menerusi kaunter khas yang terletak di belakang premis.

“Pemain yang menang pertaruhan kemudian perlu menukar semula chip bagi menuntut wang tunai,”

Sumber : harian Metro

Leave a Reply