Input your search keywords and press Enter.

Terbawa ular naik pesawat

M Update, 26/2/2019 – Seekor ular sawa tanpa sengaja dibawa ‘melancong’ menaiki kapal terbang dari Queensland, Australia ke Glasgow, Scotland oleh seorang pelancong wanita.

Moira Boxall menjumpai haiwan itu di dalam kasut yang dimuatkan di dalam beg pakaiannya.

Menurut laporan media tempatan, Boxall terbang ke Queensland untuk bercuti sambil melawat anak dan menantunya yang tinggal di sana. Namun sekembali di kediamannya di Stirling pada Jumaat, dia dikejutkan dengan penemuan seekor ular semasa mengemas beg pakaian.

Menantunya, Paul Airlie memberitahu dia tidak menyangka ibu mertuanya akan berdepan dengan situasi itu selepas berjenaka bahawa bandar Queensland amat terkenal dengan ular. Pada awalnya ibu mertua saya menyangka saya dan isteri Sarah sengaja meletakkan ular mainan di dalam kasut sebelum dia terkejut melihat ular itu bergerak selepas disentuh.

Dia menghubungi kami di Queensland untuk memaklumkan perkara itu dan saya segera membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa di Scotland,” katanya. Ular itu kini dikuarantin di Scotland dan dijangka akan ditempatkan di Zoo Glasgow.

Sumber : Agensi, Astro Awani

Leave a Reply