Input your search keywords and press Enter.

Dua remaja lemas

M Update, 5/3/2019 – DUA remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas, manakala tiga rakannya selamat selepas mereka dipercayai mandi di sungai berdekatan Kampung Tersusun Batu 4, Tambun, di Ipoh, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 8.57 pagi memaklumkan terdapat dua pelajar sekolah menengah lemas di sungai berkenaan.

Katanya, kedua-dua remaja itu dipercayai dibawa arus ketika mandi bersama-sama tiga rakannya di sungai berkenaan. Operasi pencarian kemudiannya dijalankan dan mangsa pertama dijumpai jam 10.12 pagi, manakala mangsa kedua ditemui 16 minit kemudian di lokasi berdekatan.

Pencarian dijalankan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan turut dibantu Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya. Menurutnya, mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Sumber : HM Online

Leave a Reply