Input your search keywords and press Enter.

Nyaris Maut BMW Terbakar

M Update, 6/3/2019 – Empat terselamat apabila kereta BMW yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan berhampiran Bulatan Dataran, Jalan Kinabalu di sini awal pagi tadi.

Keempat-empat mangsa yang berusia lingkungan 30-an berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh orang awam serta anggota bomba yang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian itu pada jam 12.49 pagi.

Sebuah jentera pemadam dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikejarkan ke lokasi untuk kerja menyelamat serta memadam kebakaran.

Sebaik bomba tiba di lokasi didapati kereta terbabit sedang terbakar dan empat mangsa, kesemuanya lelaki berjaya dikeluarkan daripada kereta dengan selamat.

Salah seorang mengalami kecederaan patah kaki manakala selebihnya hanya cedera ringan. Kenderaan itu terbakar 100 peratus dan kesemua mangsa dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *