Input your search keywords and press Enter.

Kecurangan serius kewangan FELDA didedahkan

M-Update,12/3/2019, KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat akan dimaklum mengenai kecurangan serius kewangan FELDA menerusi pembentangan Kertas Putih FELDA yang dijadual dibuat pada mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat kali ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perbincangan sudah dilakukan dengan Parlimen bagi mendapatkan tarikh sesuai untuk pembentangan itu.

Beliau berharap tarikh berkenaan peroleh sebaik saja selesai sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja yang akan berlangsung selama dua minggu ini.“Kami sedang berbincang dengan Parlimen. Harap dapat diketahui segera selepas selesai Perbahasan Titah Diraja. “Kemudian mereka akan dapatkan masa yang sesuai untuk bentangkan kertas putih berkenaan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, pembentangan Kertas Putih FELDA yang sepatut dibentang Disember lalu ditangguhkan ke tahun ini.Mohamed Azmin dipetik sebagai berkata keputusan menangguhkan pembentangan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.

–BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *