Input your search keywords and press Enter.

Penduduk diganggu monyet

M Update, 12/3/2019 – Kami terpaksa bertindak memerangkap monyet berkenaan memandangkan haiwan itu semakin mengganas dan berani memasuki dapur rumah penduduk semata-mata ingin mencuri makanan hingga menakutkan penghuni.

Apabila disergah untuk menghalaunya, haiwan itu pula menyergah kami dengan menyeringai menunjukkan taringnya yang tajam,” kata Saminan Maulud yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Menurutnya, puluhan monyet yang menghuni hutan dan ladang kelapa sawit berhampiran kampung itu juga dikatakan tidak ‘makan saman’ dengan tindakan penduduk meletakkan patung harimau di lokasi strategik berhampiran kediaman mereka. Malah haiwan liar itu lebih berani bertindak menyerang serta menggigit patung haiwan pemangsa berkenaan.

Saminan berkata, ada penduduk kampung mengalami kerugian apabila rabung bumbung genting mereka dikopek haiwan liar itu untuk masuk ke dalam rumah mencari makanan. Penduduk terpaksa mengupah tukang kayu untuk menyimen semula rabung yang ditanggalkan selain ada juga yang terpaksa mengeluarkan kos untuk memasang jaring halus di bahagian antara dinding dengan siling rumah bagi mengelakkan monyet meloloskan diri ke dalam rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Saminan berterima kasih kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka yang memasang perangkap sangkar di lokasi tumpuan monyet di kampung itu sejak sebulan lalu. Hasilnya sebanyak 33 monyet pelbagai saiz terperangkap dalam sangkar besi itu akibat terpedaya dengan umpan pisang dan pelbagai jenis buah yang diletakkan di dalamnya. Apabila monyet masuk melalui lubang di bahagian tengah sangkar, mereka tidak boleh keluar semula,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply