Input your search keywords and press Enter.

Penjawat awam diminta “Ikat Perut”

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata dalam keadaan semasa kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang negara yang tinggi. Oleh itu, semua penjawat awam diminta untuk “ikat perut” buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat menangani masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan dahulu.

Pendapatan Kerajaan dapat dipertingkatkan sejurus masalah hutang negara selesai. Oleh itu, Tun Dr. Mahathir kepada rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kewangan negara dapat dipulihkan. Sekiranya tiada tindakan ganas dan liar diperlakukan, dalam tiga tahun kewangan negara akan pulih.

Selain itu beliau turut menyatakan “Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,”

Berikut merupakan ucapan beliau di Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Turut hadir bersama-sama di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara , Datuk Seri Dr. Ismail bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

Leave a Reply