Input your search keywords and press Enter.

Rumah Putih Desak Imigresen Serah Pendatang

M Update, 12/04/2019 –  Pegawai Rumah Putih berusaha memberi tekanan kepada imigresen Amerika Syarikat untuk membebaskan pendatang di beberapa bandar ‘perlindungan’ seperti San Francisco sebagai mematuhi dasar politik Presiden Donald Trump, kata media tempatan.

Washington Post melaporkan, maklumat diperoleh daripada e-mel berhubung isu itu dan pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang tidak mahu didedahkan identiti berkata, Rumah Putih mengemukakan cadangan itu sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan lalu.

Bandar ‘perlindungan’ adalah kawasan yang berada di bawah kawalan pegawai tempatan yang enggan menyerahkan pendatang haram untuk tujuan penghantaran pulang ke negara asal.

Menurut Washington Post, yang memetik kenyataan seorang pegawai yang mengesahkan cadangan itu tidak lagi dalam pertimbangan, ia hanya sekadar cadangan yang berakhir tanpa sebarang perbincangan.

Pegawai pentadbiran Trump mengemukakan cadangan itu pada November tahun lalu ketika kumpulan karavan pendatang merentasi Mexico yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Amerika Tengah yang mahu berhijrah ke sempadan selatan Amerika Syarikat.

Cadangan yang sama dikemukakan kali kedua pada Februari lalu ketika kebuntuan berlaku dengan Demokrat susulan cadangan pembinaan tembok di sempadan, isu yang menjadi janji ketika pilihan raya 2016.

Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan seorang pegawai DHS, Speaker Dewan Daerah di San Francisco, Nancy Pelosi adalah antara yang menjadi sasaran Rumah Putih.

Jurucakcap Pelosi, Ashley Etienne, mengecam pentadbiran kerajaan kerana rancangan yang dianggap ‘sinis’ dan ‘kejam’.

“Mempergunakan manusia, termasuk kanak-kanak, sebagai cara untuk menakut dan memburukkan pendatang adalah satu tindakan yang hina dan dalam sesetengah keadaan ia adalah jenayah,” katanya sambil menambah rakyat Amerika menolak dengan tegas dasar anti-pendatang pentadbiran negara. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *