Input your search keywords and press Enter.

Harga Barang Naik Mendadak Di Afghanistan Sebaik Ramadan

M Update, 08/05/2019 – Mohammed Gul berjalan melepasi deretan peniaga di jalanan sibuk ibu kota ini, mengangguk-anggukkan kepala namun air mukanya jelas kecewa apabila berbincang kos buahan dan sayuran yang naik mendadak selaras ketibaan Ramadan.

“Adakah anda, sebagai Muslim perlu menaikkan harga antara 10, 15 dan 25 peratus kerana Ramadan,” katanya ingin tahu ketika kesabarannya menipis walaupun sesetengah peniaga cuba meyakinkannya.

Seorang peniaga menuding ke arah peniaga borong kerana menaikkan harga.

“Pakcik, saya sendiri miskin dan tahu bagaimana anda rasa, kami tidak bertanggungjawab atas kenaikan itu.

“Ahli perniagaan yang terbabit dalam eksport dan import atau membawa barangan ke pasar utama yang menetapkan harga,” kata peniaga dikenali Zabihullah kepada Mohamed, 56, seorang penjawat awam.

Peniaga lain juga berang dengan peningkatan harga ketika Ramadan, mengingati apa yang diberitahu saudara mara di luar negara mengenai pasar raya dan kedai yang malah menurunkan harga ketika bulan suci itu.

“Ramadan adalah bulan keberkatan, kemaafan dan masa membantu golongan miskin serta antara satu sama lain.

“Namun di Afghanistan peniaga ini terlalu tamak dan tidak takutkan Allah serta menaikkan harga barang untuk kepentingan sendiri,” kata peniaga dikenali Hakimullah kepada Arab News.

Katanya, kerajaan yang terjerumus ke kancah perang dengan Taliban dan pergolakan dalaman tidak memantau harga di pasar.

Pihak berkuasa di Kementerian Perdagangan tidak mengatakan jika kerajaan memiliki mekanisme untuk mengawal kenaikan harga. Kelihat pegawai perbandaran ditugaskan untuk memantau harga tidak kelihatan di mana-mana pasar besar ibu kota ini semalam.

Seorang peniaga berkata, alasan kenaikan harga barang adalah disebabkan nilai mata wang tempatan jatuh, namun pelanggan tidak bersetuju mengatakan harga naik setiap kali Ramadan.

Golongan kaya Afghanistan tidak berdepan masalah dengan sesetengah malah mengimport barangan dari Australia, Perancis dan Turki.

Jurang antara golongan kaya dan miskin semakin meningkat, walaupun aliran ratusan ribu dolar bantuan asing sejak pengusiran Taliban. -Agensi

Leave a Reply