Input your search keywords and press Enter.

Sri Lanka sekat media sosial

M Update, 13/05/2019 –  Sri Lanka menyekat sementara beberapa rangkaian media sosial dan aplikasi mesej, termasuk Facebook dan WhatsApp, selepas serangan di masjid dan beberapa pemilik kedai turut diserang.

Menurut sumber Reuters, berpuluh-puluh orang membaling batu ke arah masjid dan pemilik kedai. Seorang lelaki dipukul di bandar Chilaw di bahagian pantai barat dalam pertikaian yang bermula daripada laman Facebook.

Pihak berkuasa menahan pemilik akuan Facebook, dikenal pasti sebagai Abdul Hameed Mohamed Hasmar, 38, yang menulis ‘satu hari nanti anda akan menangis’ kata penduduk tempatan yang menganggap ia sebagai satu ugutan.

Sumber polis berkata, sebuah kumpulan dekat kawasan Kuliyapitiya dan Dummalasuriya turut ditahan kerana menyerang peniaga Islam.

Jurucakap tentera, Sumith Atapattu berkata, penduduk di kawasan itu kemudian memintak agar lelaki yang ditahan itu dibebaskan.

“Polis terpaksa mengeluarkan perintah berkurung untuk mengawal keadaan ketika waktu malam,” kata Atapattu.

Keadaan ganas bermula tiga minggu sejak pengebom nekad kumpulan militan Sri Lanka meletupkan diri di empat buah hotel dan tiga gereja mengorbankan lebih 250 orang. – Reuters

Leave a Reply