Input your search keywords and press Enter.

Pertemuan Dua hala Dr Mahathir bersama Abe

M Update, 31/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Perdana Menteri dan rombongan tiba pada jam 10.15 pagi waktu tempatan. Pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu turut disertai Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan. Dalam ucapan alu-aluannya, Abe menyatakan komitmen Jepun untuk terus bekerjasama dengan pentadbiran pimpinan Dr Mahathir.

Perdana Menteri Jepun itu turut menzahirkan kekaguman terhadap kepemimpinan Dr Mahathir dan usaha kerajaan dalam menegakkan undang-undang. Jepun turut menyokong pelaksanaan tadbir urus baik dan usaha kerajaan Malaysia mengurangkan hutang negara. Jepun komited untuk terus bekerjasama dengan Malaysia,” katanya.

Abe menyifatkan Dasar Pandang ke Timur sebagai pengikat keakraban kedua-dua negara dan berharap perbincangan hari ini berhasil ke arah mengukuhkan kerjasama. Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapan balasnya, merakamkan penghargaan tertinggi terhadap Abe atas sokongan yang dizahirkan. Saya turut menghargai sokongan dan komitmen peneraju sektor perniagaan Jepun yang berminat membawa lebih banyak pelaburan ke Malaysia,” katanya.

Turut hadir bagi pihak kerajaan Jepun ialah tiga Penasihat Khas Perdana Menteri, Eiichi Hasegawa, Kentaro Sonoura dan Hiroto Izumi; Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yasutoshi Nishimura serta Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa. – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *