Input your search keywords and press Enter.

Penghantar spam akan kena tindakan undang-undang – WhatsApp

M Update, 13/06/2019 – Perkhidmatan mesej terkemuka dunia, WhatsApp, n akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengguna yang menghantar terlalu banyak mesej.

Syarikat berkenaan berharap dapat menghentikan salah guna perkhidmatan itu oleh penghantar mesej spam yang menghantar sejumlah besar mesej kepada pengguna tertentu.

Peraturan seumpama itu sudah dilarang dalam syarat, dan pengguna boleh diharamkan kerana melanggar syarat itu.

Namun syarikat itu kini berjanji untuk mengenakan hukuman lain.

Dalam kemas kini di seksyen soal jawab syarikat dimiliki Facebook itu, WhatsApp, berkata bermula 7 Disember tahun ini, ia akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang dianggap menggunakan platform untuk aktiviti seperti ‘mesej pukal atau automatik’.

Firma itu berkata, sistemnya direka untuk digunakan sebagai platform mesej peribadi atau bagi syarikat untuk berinteraksi dengan pelanggan melalui aplikasi Perniagaan, dan ia tidak akan bertolak ansur kerana digunakan bagi mesej spam.

“WhatsApp dihasilkan untuk mesej peribadi, jadi kami mengambil tindakan menghalang mesej pukal dan menguat kuasakan had mengenai cara WhatsApp boleh digunakan.

“Kami juga meningkatkan kemampuan mengenal pasti akaun yang menyalahguna WhatsApp, yang membantu kami menyekat dua juta akaun setiap bulan di seluruh dunia,” kata jurucakap syarikat. — Agensi

Leave a Reply