Input your search keywords and press Enter.

Guna Dron Hantar Makanan Di Cyberjaya

M Update, 19/6/2019 – Mulai hujung bulan ini, penduduk di sini bakal menikmati perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron.

Average Drone Sdn Bhd (Average Drone), sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam industri dron sejak 2014, merancang untuk mewujudkan khidmat berkenaan dalam masa terdekat dengan kerjasama Futurise, sebuah anak syarikat Cyberview di bawah Kementerian Kewangan.

Masa ini perancangan itu adalah projek percubaan selama tiga bulan yang akan membabitkan penghantaran makanan di kawasan berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise.

Hanya tujuh jenis makanan akan ditawarkan dalam tempoh percubaan itu membabitkan makanan jenis mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.

Satu aplikasi mudah alih yang masih dalam draf akhir telah dibangunkan bagi memudahkan pembeli untuk menempah makanan mereka menerusi aplikasi itu.

Dijangkakan empoh daripada proses tempahan sehingga makanan itu sampai ke destinasi pesanan, mengambil masa selama 12 minit dan kos penghantaran adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap perjalanan.

Dron yang akan digunakan mempunyai enam bilah kipas dinamakan ‘Express Food’ dihasilkan syarikatnya itu mampu menampung berat muatan sehingga 800 gram.

“Tetapi sekiranya projek percubaan itu berjaya, kita mempunyai perancangan untuk mengubah suai dron berkenaan sehingga mampu menampung muatan seberat tiga kilogram,” – Ketua Pegawai Eksekutif Average Drone, Hamdee Hamdan

Sumber : Bernama

Leave a Reply