Input your search keywords and press Enter.

Insiden Culik Jauh Dari Lokasi Pelancongan

M Update, 19/6/2019 – Insiden penculikan terbaharu membabitkan 10 kru bot nelayan di perairan Tambisan, Lahad Datu, awal pagi semalam terletak jauh dari lokasi tumpuan pelancong, sekali gus tidak menjejaskan aktiviti pelancongan di kawasan pantai timur Sabah.

Pengerusi Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Sabah dan Labuan, Gordon Seet, berkata pihaknya juga yakin dengan keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk mengawal keselamatan termasuk melindungi pulau peranginan.

Walaupun berlaku insiden penculikan, masih selamat untuk berkunjung ke Sabah. Pengunjung ke pulau juga selamat kerana ESSCOM sudah mengesahkan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.

Bagaimanapun, perhatian yang serius tetap diberikan terhadap insiden itu sejajar keutamaan terhadap keselamatan pelancong yang datang ke negeri ini.

Terkini jumlah pengunjung ke pantai timur Sabah, khususnya Semporna dan Lahad Datu terus meningkat, menyebabkan hotel di daerah terbabit sentiasa penuh.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *