Input your search keywords and press Enter.

Wanita ditinggalkan dalam pesawat selepas tertidur

M Update, 24/06/2019 – Seorang penumpang wanita mendakwa ditinggalkan bersendirian dalam pesawat gelap yang sudah dikunci selepas tertidur ketika penerbangan.

Tiffani Adams menaiki pesawat Air Canada dari Quebec ke Toronto yang mengambil masa 90 minit pada 9 Jun lalu.

Beliau tertidur ketika penerbangan. Apabila bangun, Adams mendapati pesawat itu kosong, sudah dibersihkan dan diparkir di Toronto.

Adams ditinggalkan di dalam pesawat gelap itu, yang dikunci pada malam berkenaan.

“Saya tertidur kemungkinan tidak sampai separuh perjalanan yang cuma satu setengah jam.

“Saya bangun sekitar tengah malam, beberapa jam selepas pesawat mendarat, kesejukan dan masih ada di kerusi saya dalam keadaan amat gelap,” katanya dalam mesej yang disiarkan di laman Facebook Air Canada.

Beliau menggambarkan pengalaman itu sebagai menakutkan dan Adams menyangka beliau mengalami mimpi ngeri.

Beliau cuba menghubungi rakannya tetapi telefon bimbitnya mati selepas seminit dalam membuat panggilan.

“Sebagai seseorang yang mengalami gangguan kebimbangan, keadaan ini amat menakutkan.

Leave a Reply