Input your search keywords and press Enter.

India serah 250 rumah untuk Rohingya di Rakhine

M Update, 12/07/2019 –  India menyerahkan 250 rumah pasang siap yang dibina di negeri Rakhine, Myanmar sebagai sebahagian usaha meluas membantu ribuan etnik Muslim Rohingya pulang.

Bagaimanapun, seorang pegawai India berkata, suasana sesuai perlu disediakan untuk kepulangan etnik Rohingya dan India sudah memulakan pelan pembangunan rumah kluster bernilai AS$25 juta (RM102.89 juta).

Semua rumah itu diserahkan kepada pihak berkuasa Myanmar, awal minggu ini. Ia dibina di beberapa kampung termasuk Shwe Zar, Kyein Chaung Taung dan Nant Thar Taung.

Aktivis berkata, projek pembangunan di Rakhine tidak memberi banyak kesan melainkan pelbagai isu hak asasi manusia diatasi.

Pegawai India itu berkata, pihak berkuasa Myanmar memberikan New Delhi senarai 21 lagi projek untuk Rakhine termasuk beberapa sekolah dan pasar. – Reuters

Leave a Reply