Input your search keywords and press Enter.

Dr M : Sukar Kenal Pasti Siapa Tembak MH17

M Update, 17/7/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sukar untuk mengetahui pihak sebenar yang harus dipertanggungjawab dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak di Ukraine, lima tahun lalu. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata tragedi itu mendedahkan serangan dilakukan dengan sengaja.

“Kita bersedih kerana ia sesuatu yang dilakukan secara terancang tetapi kita tidak tahu siapa yang melancarkan roket. Kita tahu ia serangan roket tetapi tidak tahu siapa yang melancarkannya,” katanya.

MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang menyebabkan semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda, serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain adalah rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Bulan lalu, Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) mendedahkan tiga warga Russia dan seorang rakyat Ukraine dikenal pasti sebagai perancang utama insiden itu. – BH Online

Leave a Reply