Input your search keywords and press Enter.

Solat Hajat Untuk Nora Anne – Mufti

M Update, 9/8/2019 – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menyarankan umat Islam dan pihak yang terbabit secara langsung dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, melakukan solat hajat dalam usaha mengesan remaja warga Ireland yang hilang itu.

Itu adalah antara tindakan terbaik yang harus dilakukan dalam usaha mengesan mangsa yang masih belum ditemui walaupun operasi SAR sudah memasuki hari keenam hari ini.

“Tidak semestinya satu kariah masjid atau surau, sesiapa saja yang rasa teruja nak bantu, buatlah solat hajat,” katanya

Mohd Yusof melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan berharap remaja istimewa itu ditemui dalam keadaan selamat.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang menyumbang kepada kegagalan mengesan mangsa sehingga kini termasuk unsur mistik seperti disembunyikan makhluk halus atau aspek lain seperti jenayah dan sebagainya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply