Input your search keywords and press Enter.

Cinta Tidak Mengenal Usia

M Update, 23/08/2019 – Seorang lelaki berusia 83 tahun menjadi popular di media sosial selepas kisahnya yang dilamar dan berkahwin dengan janda muda berusia 27 tahun tular di media sosial.

Kompas.com melaporkan, Sudirgo atau lebih dikenali sebagai Mbah Dirgo berkahwin dengan Nuraeni Ahad lalu dan sejak itu gambar perkahwinan pasangan berkenaan tular di media sosial.

Duda berasal dari Desa Pagerbarang, Pagerbarang, Tegal, itu berkata, dia kali pertama bertemu Nuraeni pada Julai lalu, ketika keluarga wanita itu datang berubat dengannya.

Menurut penduduk kampung itu, Mbah Dirgo dikenali sebagai “orang pintar” dan sering mengubat orang sakit.

Sejak pertemuan itu Nuraeni jatuh hati pada Mbah Dirgo lalu meminta bapanya berjumpa lelaki itu untuk melamarnya.

“Apabila bapanya menyatakan hasrat berkenaan, saya menjadi hairan, kenapa mahu berkahwin dengan saya? Saya nasihatkan mereka mencari lelaki lebih muda,” katanya.

Sementara itu, bapa Nuraeni, Sukardi berkata, anaknya pernah berkahwin pada usia 16 tahun tetapi bercerai menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.

“Sejak bercerai, Nuraeni mengalami tekanan perasaan yang teruk dan dia sering bercakap serta ketawa sendiri.

“Selepas menjalani rawatan dengan Mbah Dirgo dia semakin sihat.

“Saya tidak kisah anak saya berkahwin dengan Mbah Dirgo kerana yang penting dia bahagia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *