Input your search keywords and press Enter.

Dua Terbunuh Letupan Di Gaza

M Update, 28/08/2019 – Dua anggota polis Palestin maut manakala seorang lagi cedera dalam letupan di sini malam semalam, kata pihak berkuasa Palestin.

“Dua orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam letupan tidak diketahui puncanya,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra.

Satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri berkata, kedua-dua yang maut adalah anggota polis dan pasukan keselamatan Gaza sudah melancarkan satu siasatan.

Tentera Zionis menafikan melakukan serangan udara dan saksi Palestin di tempat kejadian berkata, mereka tidak melihat jet pejuang melakukan serangan.

Seorang wartawan AFP menyaksikan kerosakan di kejiranan berhampiran dan darah di atas jalan raya.

Terdahulu semalam, Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza selepas pejuang melancarkan mortar merentasi sempadan, kata tentera Zionis.

Saksi berkata, serangan dron Israel itu mengenai kemudahan Hamas di timur kem pelarian Al-Bureij namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Serangan mortar dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel. Sebagai tindak balas, pesawat Pasukan Pertahanan Israel menyasar pos tentera Hamas di utara Semenanjung Gaza,” kata kenyataan tentera Zionis dalam bahasa Inggeris.

Insiden semalam adalah yang terbaharu dalam serangan merentasi sempadan, meningkatkan kebimbangan pertembungan lanjut sebelum pilihan raya Israel pada 17 September ini.

Israel mengumumkan ia mengurangkan separuh bekalan bahan api ke stesen jana kuasa utama Semenanjung Gaza, menyebabkan majoriti penduduk Palestin bergelap. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *