Input your search keywords and press Enter.

Bazar Peduli Rakyat Tawar Diskaun Barangan 20 Peratus

M Update, 6/9/2019 – Pengguna perlu merebut peluang ditawarkan bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga murah melalui program jualan harga patut ‘My Best Buy’, selain jualan musim perayaan dan terbaru Bazar Peduli Rakyat (BPR).

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail, berkata pihaknya menyediakan kira-kira 800 pasar tani di seluruh negara bagi tujuan itu.

Pada setiap program jualan anjuran FAMA, peniaga ditetapkan menurunkan harga produk terpilih seperti buah-buahan, sayuran dan makanan antara lima hingga 20 peratus bagi meringankan beban pengguna.

Lebih istimewa, produk dipasarkan dijamin segar dan datang terus dari ladang tanpa melalui orang tengah,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Bazar Peduli Rakyat @My Best Buy yang dirasmikan Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir di perkarangan Masjid Temerloh Jaya, di sini, hari ini. – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *