Input your search keywords and press Enter.

Jerebu : 29 Sekolah Di Selangor Ditutup

M Update, 13/9/2019 – Sebanyak 24 sekolah di Klang dan Kuala Langat ditutup hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 29 sekolah ditutup susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat di Selangor ketika ini.

Lima sekolah di Kuala Langat ditutup bermula semalam bagi memastikan keselamatan guru, murid dan pelajar akibat masalah jerebu yang berlaku sekarang . Jabatan Pendidikan Selangor dalam satu kenyataan malam semalam, memaklumkan 24 sekolah yang ditutup hari ini membabitkan seramai 38,217 murid di Klang dan Kuala Langat, manakala lima sekolah yang ditutup semalam membabitkan 7,048 murid di Kuala Langat.

Setakat jam 7 petang semalam, Jabatan Pendidikan Selangor menerima laporan lima sekolah ditutup semalam dan tambahan 24 lagi sekolah akan ditutup hari ini, menjadikan keseluruhan 29 sekolah ditutup di Selangor akibat jerebu,” katanya.

Jumlah itu membabitkan 16 sekolah kebangsaan (SK), tujuh sekolah menengah kebangsaan (SMK), dan masing-masing tiga sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dengan jumlah keseluruhan 45,265 murid.

Sementara itu, berdasarkan bacaan dipaparkan laman web http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 8 malam, paras IPU di Johan Setia adalah 189; Kuala Selangor (132); Shah Alam (125); Petaling Jaya (119); Klang (116) dan Banting (111). – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *