Input your search keywords and press Enter.

KWSP mungkin jual kepentingan dalam PLUS

M-Update : KWSP mungkin akan menjual kepentingannya di dalam PLUS sekiranya mendapat tawaran harga yang sesuai. Dalam masa yang sama KWSP akan mengkaji dan mempertimbang tawaran itu sekirannya ia dapat memberi manfaat kepada ahlinya dari segi pulangan dan dividen.

Pada waktu ini PLUS merupakan aset positif serta ia akan memberi pulangan yang kukuh. KWSP memiliki kepentingan sebanyak 49% susulan langkah pengambilalihan pada 2011 yang membabitkan transaksi bernilai RM32 bilion.

Ekoran prestasi ekonomi mencabar dari pelbagai persekitaran, KWSP akan memastikan asetnya diurus dengan baik. Namun, sekiranya perlu membeli, pihak KWSP mengutamakan aset terbaik untuk jangka masa panjang dan jika perlu dijual, asetnya akan dijual berdasarkan tawaran terbaik yang dilakukan.

Leave a Reply