Input your search keywords and press Enter.

Mujahid Perjelas Konsep Rahmatan Lil Alamin Kepada 13 Duta, Perwakilan EU

M Update, 21/10/2019 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan sesi dialog bersama duta-duta Kesatuan Eropah (EU) bagi memberi penerangan mengenai konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawakan pentadbiran Islam di Malaysia.

Keseluruhannya, 13 duta EU diketuai Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez, hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung pada Jumaat lalu. Mujahid dalam satu kenyataan memaklumkan sesi penerangan itu berkaitan Gagasan Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia yang sejajar dengan hak asasi manusia sejagat.

“Penting untuk kita berkongsi dengan mereka mengenai gagasan yang dibawa oleh pentadbiran kerajaan pada hari ini tentang Islam yang ramah dan rahmah bagi memberi aspirasi kepada semua pihak. Untuk mendidik dan membina keamanan, keharmonian merupakan tugas yang sukar tetapi ia suatu kerja yang berterusan,” katanya.

Katanya, majlis seperti itu akan sentiasa diteruskan bagi bertemu dan memberi penerangan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, tetapi masyarakat di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Leave a Reply