Input your search keywords and press Enter.

ATM : Komando Akan Terus Guna Peluru Hidup Dalam Latihan

M Update, 24/10/2019 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menggunakan peluru hidup dalam latihan dan demonstrasi membabitkan anggota komando, tetapi prosedur operasi standard (SOP) akan diperbaiki.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, latihan menggunakan peluru hidup perlu diteruskan untuk mengekal dan meningkatkan kompetensi pasukan bersenjata itu menghadapi operasi khusus terutama menyelamatkan tebusan dalam situasi`hostile’ (bermusuhan). Katanya, penggunaan peluru hidup diteruskan berikutan pandangan daripada ATM dan pasukan komando sendiri.

“Penggunaan peluru hidup sememangnya dilaksanakan pasukan khusus di seluruh dunia dan di negara kita ia akan diteruskan,”

Ahmad Zahid mencadangkan supaya penggunaan peluru hidup dikaji semula berikutan kebanyakan peralatan keselamatan yang digunakan anggota tentera adalah yang lama. Mengenai baju kalis peluru yang digunakan pegawai komando dari Rejimen Ke-11 Gerak Khas (11 GGK), Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya pada 4 September lalu, Mohamad berkata ia menepati piawaian National Institute of Justice Level III, Amerika Syarikat yang sesuai digunakan untuk operasi dan Latihan Tempur Jarak Dekat Tentera Darat .

Katanya, isu kebajikan waris dan anak Allahyarham juga turut diberikan perhatian pihak kementerian dan ATM. Beliau berkata, kenaikan pangkat Allahyarham dari pangkat Mejar kepada Leftenan Kolonel disokong semasa Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera Ke-578 yang bersidang pada 17 September lalu dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

“Faedah kematian diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan, termasuk Bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) sebanyak RM22,000 akan diberikan kepada waris dan anak swecara berkasla dan bantuan dalam prtoses kelulusan TPPN,” katanya.

Mohamad berkata, SOP latihan dan arahan keselamatan dikeluarkan ATM adalah terperinci dan menyeluruh dalam menjamin keselamatan latihan merangkumi aspek pentadbiran, pelaksanaan, keselamatan latihan dan demonstrasi yang dilaksanakan. Katanya, pihak ATM akan meneliti SOP latihan melalui penubuhan sebuah pasukan khas untuk membuat penambahbaikan supaya kejadian sama tidak berulang. – BH Online

Leave a Reply