Input your search keywords and press Enter.

Lelaki Korban Pertama Banjir Gelombang Kedua Di Kelantan

M Update, 18/12/2019 – Seorang lelaki berusia 57 tahun dari Kampung Renak, Bukit Bunga, di sini menjadi mangsa korban pertama akibat lemas pada banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata mangsa dikenali sebagai Shaimee Ismail, 57, ditemukan penduduk kampung selepas dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras pada pukul 9 pagi.

“Mangsa ditemui 200 meter dari tempat tergelincir berhampiran rumahnya, dipercayai sebelum itu cuba untuk menyelamatkan diri selepas rumahnya ditenggelami air sedalam lebih 1 meter,” katanya di sini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya. Banjir gelombang pertama di Kelantan sebelum ini telah meragut tiga nyawa.

Leave a Reply