Input your search keywords and press Enter.

China Permudah Permohonan Visa Rakyat Malaysia

Gambar Hiasan

M Update, 20/1/2020 – Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia memutuskan untuk memudahkan lagi permohonan warga Malaysia mendapatkan visa masuk berganda ke China bermula hari ini dalam usaha menggalakkan perjalanan rakyat kedua-dua negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedutaan itu semalam, selain dokumen asas seperti pasport, borang permohonan visa dan gambar, pemohon juga perlu menyertakan dokumen sokongan berdasarkan jenis visa yang dimohon.

ÔÇťAntara visa berganda yang dikeluarkan termasuk mereka yang berhasrat untuk pergi ke China sebagai pelancong (L-Visa), urusan komersial dan perdagangan (M-Visa), melawat saudara-mara warga China (Q2- Visa) serta melawat saudara-mara rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di China atau atas urusan persendirian seperti rawatan perubatan (S2-Visa),” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut setiap visa mempunyai garis panduan bagi kemasukan berganda bermula tiga bulan hingga lima tahun dengan menyertakan butiran perjalanan, tempahan hotel dan rekod perjalanan ke negara itu sebelum ini.

“Mereka yang memerlukan visa permohonan China yang berkaitan boleh merujuk kepada maklumat di laman web rasmi Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sumber : SH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *