Input your search keywords and press Enter.

40 Terkorban Dalam Serangan Udara Yang Dilancarkan Russia

Penduduk membawa jenazah mangsa serangan udara Russia untuk dikebumikan di Kfar Taal. FOTO AFP.

M Update, 22/01/2020 – Sekurang-kurangnya 40 terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan Russia di barat laut Syria, semalam.

Serangan semalam dilancarkan bagi menghapuskan pemberontak yang menyebabkan puluhan ribu penduduk negara itu kini menyeberangi sempadan untuk ke Turki.

Dalam serangan di pedalaman Kfar Taal yang terletak di barat Aleppo itu, lapan keluarga termasuk enam kanak-kanak, manakala sembilan lagi di Maardabseh, tenggara wilayah Idlib, disahkan maut.

Penduduk, Abu Yasser, 71, berkata, serangan itu menyebabkan semua ahli keluarganya terkorban dan berharap pembalasan akan diterima pemimpin diktator yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Kempen ketenteraan Presiden Syria, Bashar al-Assad semakin hampir kepada wilayah tengah Idlib yang menempatkan kira-kira tiga juta penduduk.

Sekurang-kurangnya 22 orang awam disahkan terbunuh sejak serangan udara Russia dan tentera Syria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *