Input your search keywords and press Enter.

Kematian Dr Li Wenliang Cetus Siasatan Pihak Berkuasa

Satu pasukan akan dihantar ke Wuhan iaitu lokasi Dr Li Wenliang meninggal dunia.

M Update, 07/02/2020 – Agensi pemantau China hari ini mengumumkan siasatan ke atas kematian seorang doktor ‘pemberi maklumat’ yang mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap cara kerajaan menangani isu coronavirus,

Suruhanjaya pemeriksaan disiplin berkata, satu pasukan akan dihantar ke Wuhan iaitu lokasi Dr Li Wenliang meninggal dunia, bagi melaksanakan ‘siasatan komprehensif ke atas isu membabitkan beliau seperti dilaporkan orang ramai;.

Li, 34, meninggal dunia awal pagi Jumaat, kata Hospital Besar Wuhan dalam satu hantaran di media sosial China, dikenali sebagai Weibo.

Kematian pakar optalmologi itu mencetuskan kesedihan dan kemarahan orang ramai terhadap krisis berkenaan yang sehingga kini sudah meragut 630 nyawa.

Sekurang-kurangnya 31,000 orang sudah dijangkiti coronavirus di China dan penyebaran wabak terbabit turut berlaku ke atas lebih 24 negara seluruh dunia, sekali gus mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kecemasan global.

Li adalah antara lapan doktor yang dihukum oleh polis di Wuhan kerana membincangkan secara terbuka virus seakan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) itu di media sosial Disember lalu.

Mahkamah agung China pada Januari lalu mengkritik polis Wuhan kerana menjatuhkan hukuman terhadap penyebar berita, dengan berkata wabak terbabit tidak akan bertukar serius jika orang ramai mempercayai khabar diterima ketika itu. – AFP

Leave a Reply