Input your search keywords and press Enter.

Pesalah Ingkar PKP Akan Dikompaun RM1,000 Mulai Hari Ini

M Update, 8/4/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan.

“Kita sudah terima SOP dan arahan untuk melaksanakan kompaun itu hari ini. Borang-borang kompaun juga sudah diterima dan diedarkan ke semua kontinjen polis negeri. Mereka yang didapati ingkar PKP akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan.

“Jika pesalah enggan membayar kompaun, mereka boleh meminta untuk dibicarakan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai diminta supaya tidak mengambil mudah perkara itu kerana jumlah kompaun RM1,000 itu bukan nilai yang sedikit. Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan PKP, Acryl Sani berkata, beberapa insiden berkaitan rempuhan di sekatan jalan raya (SJR) yang berlaku baru-baru ini adalah perkara yang tidak disengajakan.

“Ada satu kes itu pemandu berkenaan mengantuk dan tidak sedar ada SJR di laluan berkenaan, dan satu lagi kes, pemandu terbabit terleka kerana menggunakan telefon bimbit. Justeru kita ingatkan anggota-anggota kita yang bertugas di SJR untuk sentiasa berhati-hati selain membuat sekatan di lokasi yang mudah orang nampak,” katanya.

Selain itu, katanya penjadualan tugas anggota SJR dibuat secara sistematik dalam menggilirkan syif kerja dalam memastikan mereka mendapat rehat yang cukup dan tidak keletihan sepanjang PKP yang kini masuk fasa kedua.

Leave a Reply