Input your search keywords and press Enter.

Kedah Negeri Ke-3 Diisytihar Zon Hijau

M Update, 30/4/2020 – Kedah menjadi negeri terbaru diisytihar zon hijau Covid-19 apabila tiada kes aktif dikesan di negeri itu setakat 12 tengah hari semalam.

Sebelum ini, Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu diikuti Kelantan pada Selasa.

Kedah menjadi negeri ketiga bebas wabak itu selepas semua 11 daerah merekodkan sifar kes aktif berbanding jumlah keseluruhan 95 kes sebelum ini.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), zon hijau terus bertambah 88 daerah setakat semalam berbanding 85 daerah hari sebelumnya. Infografik CPRC juga menunjukkan jumlah zon merah kekal 12 kawasan walaupun terdapat pertambahan 94 kes baharu Covid-19 di negara setakat 12 tengah hari semalam.

Tiga daerah di Kuala Lumpur masih berada dalam zon merah kecuali Cheras yang mencatatkan penurunan kes aktif iaitu kini sebanyak 27 kes.

Selain itu, Sarawak turut mencatatkan kedua tertinggi kes positif Covid-19 yang masih aktif di zon merah iaitu 229 kes, diikuti Johor sebanyak 132 kes, Selangor (103), Negeri Sembilan (57), Pahang (37) dan Melaka (48). Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,945 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,758 kes masih aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *