Input your search keywords and press Enter.

Polis, Tentera Pantau Rumah Lebih 20 Tetamu Aidilfitri

Foto Hiasan

M Update, 19/5/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat pemeriksaan di semua kawasan perumahan sepanjang Aidilfitri ini, bagi memastikan setiap kediaman tidak menerima tetamu lebih daripada 20 orang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PDRM dan ATM akan membuat siasatan lanjut terhadap kediaman yang memiliki banyak kenderaan di halaman rumah.

“PDRM dan ATM akan membuat rondaan ketika Hari Raya di setiap kawasan. Jika didapati ada banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan semak kediaman itu untuk mengenal pasti jumlah tetamu.

“Sekiranya ada banyak kenderaan, berkemungkinan ada ramai orang dalam rumah itu, dan polis akan siasat.

“Saya nak ingatkan bahawa PDRM dan ATM akan sentiasa memantau sepanjang Aidilfitri ini bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan kerajaan,” katanya pada pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini. -BH Online

Leave a Reply