Input your search keywords and press Enter.

Pemohon Geran Khas Prihatin Boleh Buat Rayuan Mulai Hari Ini – LHDN

M Update, 3/6/2020 – Kerajaan memberi peluang kepada mereka yang gagal dalam permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk membuat rayuan mulai hari ini sehingga 15 Jun 2020, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam satu kenyataan semalam LHDN memaklumkan peluang itu dibuka bagi memastikan semua pihak yang layak menerima geran khas itu tidak tercicir, dan rayuan boleh dibuat melalui portal rasminya iaitu di https://gkp.hasil.gov.my/. 

“Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusannya akan dimaklumkan mulai 22 Jun ini, manakala pembayaran pula dijangka dibuat mulai 29 Jun,” menurut kenyataan itu.

LHDN turut memaklumkan bahawa kelulusan bagi permohonan GKP yang telah dibuka sejak 1 Mei lepas boleh disemak di portal yang sama mulai hari ini.

Menurutnya 642,976 permohonan telah diterima sepanjang tempoh permohonan GKP itu dibuka sehingga ditutup pada 15 Mei lepas, dan 488,857 daripada permohonan itu telah diluluskan, manakala 72,859 permohonan telah ditolak, dan selebihnya masih dalam semakan lanjut.

Bagi pemohon GKP yang telah diluluskan, bayaran dijangka dibuat secara pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai 15 Jun ini manakala bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, keputusan akan dimaklumkan mulai 8 Jun ini dan pembayaran dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun nanti. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *