Dasar Malayan Union telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu. Ketika itu, Dato Onn Jaafar, Dr. Burhanudin Helmi Pegawai, Kumpulan Bangsawan dan segelintir orang Melayu menentang Malayan Union.
Mereka rasa terhina dengan sikap British yang angkuh dan bertindak sesuka hati dalam mewujudkan pentadbiran baru di tanah melayu. Lebih menyemarakkan kemarahan apabila British mahu menghapuskan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Raja-Raja Melayu bukan saja diminta menyerahkan Kedaulatan negeri masing-masing kepada British malah undang-undang baru diperkenalkan kepada Raja-Raja.