Input your search keywords and press Enter.

Demi Guru, Anggota Polis Cedera

M Update, 18/1/2019 – Dua anggota polis dikejarkan ke Hospital Pattani selepas mereka cedera akibat letupan bom di tepi jalan semasa sedang bertugas mengawal laluan yang digunakan oleh guru-guru untuk pergi ke sekolah, di daerah Nong Chik, Pattani pada hari Jumaat pagi.

Laluan itu kerap digunakan guru-guru dan pelajar untuk ke sekolah di Ban Tha Yalo dari Tambon Tuyong, Pattani. Kejadian berlaku jam 7:55 pagi waktu tempatan.

Dua anggota polis itu ialah Prasert Phewla dan Kittipan Aksornkaeo melakukan rutin harian meronda dan bertugas di laluan itu. Mereka kemudainnya dibawa ke Hospital Pattani oleh orang awam.

Pihak berkuasa keselamatan menyalahkan serangan itu dilakukan oleh puak pemberontak.

Sumber: Bangkok Post

Leave a Reply