Input your search keywords and press Enter.

Tidur Dengan Mayat Ibu Bapa Selama Lima Hari

M Update, 20/1/2019 – Seorang lelaki, Matthew Ficken menembak dan membunuh ibu bapanya di rumah mereka di sebuah bandar di Sammamish, Washington dan tinggal bersama mayat ibu bapanya selama lima hari sebelum membunuh diri. Timbalan Sherif King County masuk ke dalam rumah mereka dan menyiasat kejadian tersebut selepas menerima aduan dari seorang saudara mereka tidak dapat menghubungi keluarga Ficken sepanjang seminggu itu.

“Detektif percaya motif pembunuhan adalah kemarahan Ficken selepas ibunya mahu Ficken pindah keluar dari rumah itu,” menurut Sarjan Ryan Abbott dalam satu siaran berita.

“Ibunya memberi Ficken wang setiap bulan untuk bayaran deposit bulan pertama rumah apartment dan juga perbelanjaan tambahan,” kata seorang saksi.

“Penyiasatan kini cenderung menunjukkan Ficken membunuh ibu bapanya kerana tidak mahu ibu bapanya jual rumah tersebut”kata detektif.

Pemeriksa Perubatan Hospital King County mengenalpasti Lorraine Ficken, 68, dan Robert Ficken, 72, sebagai mangsa pembunuhan. Kedua-duanya maut akibat tembakan dengan senapang patah. Manakala Matthew Ficken meninggal dunia akibat tembakan di kepala dan kematiannya diklasifikasi sebagai bunuh diri.

Sumber:www.seattletime.com

Leave a Reply