Tahun 2018 adalah antara tahun paling mencabar dalam sejarah pasaran kewangan, dengan kebanyakan pasaran saham global mengakhiri tahun dalam wilayah negative dan ia menjadi menarik selepas membuka peluang kepada pelabur bagi mendapatkan saham-saham dalam pembagai sektor.
Ketidaktentuan pasaran yang semakin bertambah juga menggusarkan pelabur dan mencetuskan kebimbangan berlaku kejatuhan besar dalam pasaran saham global namun beberapa pasaran saham global menjadi lebih menarik selepas berjaya menepis kebimbangan pelabur. Justeru, banyak peluang dan nilai dana pelbagai segmen pasaran mula muncul.
Secara keseluruhannya ekonomi global dijangka dalam wilayah positif walaupun pada unjuran yang lebih rendah dan prospek pendapatan korporat akan menyokong pertumbuhan ekonomi pada 2019.
Bagi pasaran bon, Fundsupermart membayangkan landskap pendapatan tetap akan kekal rancak pada 2019, sekali gus memberi peluang taktikal kepada pelabur dan Mengenai konteks setempat, pelabur mungkin mahu menimbangkan dana bon jangka panjang untuk mendapatkan premium jangka panjang memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan status quo terhadap dasar monetary.
Sumber – Berita Harian