Gunung Agung di Bali kembali meletus dengan ketinggian 2,000 meter pada Selasa, 22 Januari 2019 jam 3:42 pagi waktu tempatan.
Pada Isnin, 21 Januari 2019, letusan berlaku sebanyak dua kali. Suasana aman di Bali dan tiada kerosakan berlaku berhampiran kawasan gunung tersebut. Namun status berjaga-jaga dikeluarkan pada tahap ketiga.
Masyarakat dinasihatkan untuk tidak berada di zon bahaya dengan radius 4km dari puncak gunung. Rakyat Malaysia dinasihatkan agar kekal tenang dan pantau berita tempatan untuk maklumat terkini. Sila ikut arahan pihak berkuasa tempatan.
Sumber: Twitter Sutopo Purwo Nugroho