Salah satu Ciri Ajaran Sesat dalam Negara.

Gambar sekadar contoh

Mengaku dirinya memiliki barang peninggalan Rasulullah s.a.w seperti pedang dan sebagainya.

“Terdapat sesetengah guru ajaran sesat yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w bertujuan untuk meyakinkan pengikut bahawa ajarannya itu benar daripada Rasulullah s.a.w”

Dakwaan ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu sahaja dan juga untuk mempengaruhi orang lain dnegan menggunakan nama Rasulullah. Perlu diingat bahawa barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w tidak mempunyai papa-apa kelebihan pun malah ianya sama seperti barang-barang lain. Cuma kalau ada pun dari segi sejarahnya bolehlah dikatakan mempunyai tanda-yanda dan unsur-unsur peninggalan daripada Rasulullah s.a.w. sahaja.

Dakwaan ini lebih meragukan jika seseorang yang mendakawa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w itu tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan Rasulullah yang memberio peluang seseorang itu untuk menerima barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w secara langsung.

Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dan amalannya sahajakerana ilmu dan amalannya sahaja. Oleh itu, sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu atau amalannya sahaja. Bukan berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Tidak ada perbezaan di antara orang-orang biasa dengan orang-orang Arab melainkan melalui taqwanya kepada Allah.

Oleh itu, jelaslah bahawa mengagung-agungkan barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. itu tidak dituntut oleh agama Islam malah ditakuti jika terlampau diagung-agungkan barang-barang Rasulullah s.a.w. ditakuti akan membawa kepada syirik kerana Allah menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia biasa yang serupa dengan manusia lain dari segi kejadiannya.

Malahan perlu diingat bahawa dakwaan mempunyai barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w ini pada dasarnya adalah untuk menunjukkan kehebatan diri semata-mata.

Leave a Reply