M-Update,23/1/2019, VIENNA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerjasama antarabangsa amat penting dan perlu dalam membanteras rasuah dan jenayah disebabkan sempadan yang poros membolehkan wang dipindahkan dengan mudah dari satu negara ke negara lain.
“Saya percaya IAACA (Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa) sangat penting, kerana sempadan-sempadan kini sangat poros.
Kerjasama antarabangsa juga dapat membantu mengurangkan kadar jenayah,” katanya dalam ucaptamanya pada Perhimpunan Agung IAACA ke-10 di sini. Dr Mahathir berkata, negara-negara miskin dak mampu untuk menjadi kaya dan membangun seper sepatutnya disebabkan rasuah yang membantutkan pembangunan mereka, katanya dalam ucapan selama kira-kira 40 minit itu.
Perdana Menteri berkata adalah penting untuk negara memerangi rasuah tetapi negara juga harus memaskan pemimpin mereka tidak mengamalkan rasuah. Dr Mahathir berkata, Malaysia secara relafnya bebas rasuah dalam tempoh 45 tahun pertama selepas ia merdeka tetapi amalan rasuah menjadi amat buruk dalam tempoh 15 tahun lepas. Terdahulu, Presiden IAACA Dr Ali Fetais Al-Marri melancarkan Tabung Dr Mahathir Mohamad yang turut menyatakan kerajaan Malaysia bersetuju untuk menyumbangkan RM500,000 kepada tabung itu manakala Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani akan memberi sumbangan sebanyak 1 juta Riyal Qatar (RM1.14 juta) lagi.
IAACA ditubuhkan pada 2006 untuk menggalakkan pelaksanaan berkesan Konvensyen PBB Mengenai Rasuah yang turut ditandatangani oleh Malaysia. Malaysia adalah antara negara terawal menganggotai IAACA yang kini mempunyai 140 negara anggota. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Si Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Naib Presiden IAACA, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – Bernama