Perodua berjaya menjual 227,243 unit kenderaan pada tahun 2018 malah ia merupakan salah satu penjualan yang tertinggi dalam sejarah Perodua. Tahun ini, Perodua meningkatkan sasaran jualan sebanyak 4% iaitu 231,000 unit kenderaan dan sasaran itu dijangka oleh kerana prestasi model terlarisnya Myvi dan (SUV) terbarunya iaitu Aruz.
Perodua menyasarkan untuk meningkatlkan jualannya bukan sahaj bagi memperkukuh jenama tetapi akan turut membantu perkembangan industry automotif tempatan yang dijangka sedekit pada tahun ini. Bagi Perodua, kereta Myvi dijangka akan terus popular pada tahun ini manakala bagi Aruz pula, Perodua telahpun menerima tempahan hamper 5,700 unit sejak kenderaan SUV itu dibuka pada 3 Januari yang lepas.
Disamping itu, Perodua dijangka akan meningkatkan komponennta sebanyak 20% daripada jumlah pembelian tahun lepas. Ia selaras dengan jangkaan permintaan pada 2019 dan secara langsung ia dapat memberi manfaat kepada pembekal automotif tempatan.
Sumber-Bernama