Input your search keywords and press Enter.

Bungkusan Mayat Ditemui di Gua

M Update, 1/2/2019 – Dua pelancong asing suami isteri terkejut apabila menemui mayat seorang sami semasa melawat sebuah gua di Lamphun. Pasangan itu masuk ke gua Thor di daerah Mae Tha kira-kira empat puluh meter dan menemui mayat mengerikan itu.

Dalam perjalanan ke gua tu mereka menemui bungkusan terikat dengan plastik bersama kain putih. Mereka terus menghubungi balai polis Thakat.

Pasukan penyelamat tiba dan mendapati mayat itu dalam keadaan berbungkus dengan tikar mengkuang dan kain serta masih dalam keadaan berpakaian sami. Polis percaya ini adalah kes bunuh dan tikar itu adalah lapik tempat tidur sami tersebut.

Polis dalam kenyataan berkata mayat tersebut sudah beberapa bulan di gua itu. Siasatan sedang dijalankan.

Sumber: Tha Nation

Leave a Reply