Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kem Baru PATI Di Wang Kelian

M Update, 04/03/2024 – Kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis yang pernah digemparkan dengan penemuan kem serta kubur berkaitan isu pemerdagangan manusia pada 2015 sentiasa berada dalam pemantauan polis dari semasa ke semasa.

Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin – Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim

Setakat ini tidak ada lagilah kesan-kesan baharu tentang wujudnya kem-kem pendatang tanpa izin di garisan sempadan yang dijumpai hanyalah bekas tapak kem lama – Terdapat kesan peninggalan lama di kawasan sekitar antaranya bekas beras, makanan, talam, baju, kanvas dan tin minuman.

Sumber : Bernama