Input your search keywords and press Enter.

Lelaki Terbelit Wayar Elektrik

M Update, 1/2/2019 – Seorang lelaki memberitahu media bahawa dia bertuah kerana masih hidup walaupun selepas terbelit wayar elektrik yang tergantung semasa melalui satu jalan untuk menemui teman wanitanya. Wayar tersebut terbelit dilehernya ketika dia sedang menaiki motor.

Sayan Suphapon, 23 dari Chonburi menunjukkan keliling lehernya berbekas merah kerana dibelit wayar elektrik yang tergantung.

Ketika kejadian dia manaiki motorsikal melalui kawasan pasar Bang Bung dan ketika tiba hampir kuil Kuan-U dia keluar simpang dan katanya dia bernasib baik tidak menunggang motor dengan laju serta keadaan trafik ketika itu tidak sibuk.

Dia tidak dapat memastikan wayar tersebut memang dibiarkan tergantung atau terdapat kerja-kerja pembaikan kerana tiada sebarang tanda amaran diletakkan berhampiran wayar tergantung itu.

Sumber: Thai Visa

Leave a Reply