Input your search keywords and press Enter.

Ikat Tangan, Tuntut Tanah

M Update, 2/2/2019 – Lebih kurang 1,500 petani mengadakan perhimpunan bantahan berhampiran lebuh raya Delhi-Noida pada Sabtu, 2 Februari 2019. Dalam perhimpunan aman itu, para wanita petani membuat simbolik dengan mengikat tangan mereka sebagai tanda tidak berdaya untuk menuntut pampasan tanah yang sepatutnya mereka peroleh sejak 2013 lagi.

Disebabkan perhimpunan aman itu tadi, laluan utama antara UP dan Delhi ditutup sejak petang Jumaat. Perhimpunan itu dianjurkan oleh Kisan Uday Abhiyan, termasuk petani dari Gautam Buddh Nagar, Ghaziabad, Aligarh dan Meerut.

“Kami berada disini adalah untuk menuntut dan meminta ganti rugi selaras dengan undang-undang mengenai pengambilan tanah ang telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2013. Tanah kami diperolehi sebelum itu dan kami telah dibiarkan tanpa mendapat apa-apa manfaat manfaat yang diberikan di bawah undang-undang baru,” kata Kaale Singh, seorang petani. Beliau berkata para petani mahu pihak berkuasa dan pentadbiran tempatan mengambil berat perkara itu dengan pengetahuan Menteri Besar UP Yogi Adityanath.

Gautam Buddh Nagar District Magistrate BN Singh bertemu petani pada hari Sabtu dan memberi jaminan kepada mereka bahawa beliau akan membincangkan perkara itu dengan kerajaan negeri.

Pada tahun 2011, dua anggota polis dan petani terbunuh dalam pertempuran berikutan bantahan terhadap pengambilalihan tanah di Bhatta Parsaul di Noida, sebuah kampung yang dikuasai oleh Jat.

Undang-undang baru bertujuan untuk menyediakan “pampasan yang adil” kepada mereka yang tanahnya diambil, membawa ketelusan kepada proses pemerolehan tanah untuk menubuhkan kilang-kilang atau bangunan, projek-projek infrastruktur dan menjamin pemulihan bagi mereka yang terjejas.

Sumber: NDTV India

Leave a Reply