Input your search keywords and press Enter.

Kabinet Baru Mei Ini

M Update, 8/2/2019 – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, semalam, mengumumkan bahawa pilihan raya negara itu akan diadakan pada 8 Mei ini.

“Saya sudah berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas dan ingin mengisytiharkan bahawa 8 Mei 2019 sudah ditetapkan sebagai hari untuk mengadakan pilihan raya,” kata Ramaphosa kepada Parlimen.

Sejak mengambil alih jawatan itu, Ramaphosa berusaha untuk memperbaiki keadaan negara itu, namun hanya berjaya mencatatkan pertumbuhan sebanyak satu peratus tahun lalu, manakala kadar pengangguran pula meningkat kepada lebih 27 peratus.

Selain itu, suruhanjaya yang dilantik bagi menyiasat salah laku kerajaan turut mendedahkan mengenai kegiatan rasuah membabitkan pegawai kerajaan dan anggota parti pimpinan bekas Presiden Jacob Zuma, termasuk menteri Kabinet yang kini berkhidmat dengan pentadbiran Ramaphosa.

Berikutan itu, beliau menghadapi tekanan untuk bertindak terhadap pegawai terbabit, namun pada masa sama perlu memastikan kestabilan parti pemerintah, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

ANC dijangka berdepan saingan dengan calon dari parti Perikatan Demokratik dan Pejuang Kebebasan Ekonomi dalam pilihan raya Mac ini.

Bagaimanapun, ANC diramalkan terus menguasai pilihan raya Parlimen dengan mengutip kira-kira 60 peratus undian.

Sumber: Berita Harian, AFP

Leave a Reply