Input your search keywords and press Enter.

Perang Perdagangan Jejas Aktiviti Pengilangan

Indeks sektor pembuatan Malaysia 2019 mencatat penurunan bulanan empat bulan berturut-turut dalam keadaan operasi, pengeluaran dan perniagaan baharu kedua-duanya susut. Jualan eksport juga turun dalam tempoh kaji selidik, terbaharu dengan permintaan lemah dari China, Jepun dan Korea Selatan, manakala tekanan permintaan yang reda, membolehkan syarikat mengurangkan kerja.

Penyusutan aktiviti pengilangan dijangka akan berterusan dalam tempoh terdekat dipengaruhi oleh kelembapan ekonomi China dan ketidakpastian mengenai perbincangan perdagangan antara republik berkenaan dan Amerika Syarikat (AS). Situasi berkenaan dijangka berpanjangan meskipun kedua-dua negara berkenaan sudah menunjukkan kemajuan positif untuk menamatkan perang perdagangan antara mereka.

Aktiviti pembelian merosot disebabkan persekitaran perniagaan yang kurang memberangsangkan mendorong pembelian input lebih rendah. Ia mengakibatkan pengeluaran jatuh tetapi kadar penyusutan berkurang sejak Disember. Selain itu, stok bagi barangan pengilangan digunakan bagi menyelesaikan pesanan tertunggak yang mengakibatkan kejatuhan skala dalam inventori.

Leave a Reply