M Update, 18/2/2019 – Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran di sebuah hotel di Makkah, Arab Saudi, semalam, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
“Setakat maklumat yang ada pada kami (Kementerian Luar), tiada rakyat Malaysia terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Rakaman video berdurasi 31 saat yang memaparkan satu aras di hotel itu terbakar tersebar di laman sosial hari ini.
Media antarabangsa melaporkan kebakaran yang berlaku di hotel kira-kira 11.40 pagi itu dapat dikawal pasukan bomba sebelum merebak ke seluruh bangunan.
Sumber : Bernama