M Update, 25/2/2019 – Kerajaan Johor menyokong cadangan mewajibkan pengambilan suntikan vaksin sebagai perlindungan kepada kanak-kanak.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata wujud keperluan memberi penekanan mengenai keperluan semua kanak-kanak diberi suntikan berkenaan.
Kementerian Kesihatan mahu mewajibkan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak dan akan mendenda mereka yang mengelak anaknya diberi vaksin.
Pakar dan doktor mahu semua orang ambil vaksin, maka kenapa ada yang tidak mahu ambil??
Pihak KKM akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Desakan kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.
Sumber : BH