M Update, 1/3/2019 – Malaysia berharap India-Pakistan dapat mencari jalan perundingan untuk menyelesaikan konflik antara dua negara berkenaan.
Malaysia mempunyai hubungan diplomasi pertahanan yang baik dengan kedua-dua negara berkenaan.
Kita berharap kedua-dua negara itu mencari jalan perundingan supaya tidak berlaku peperangan antara dua negara nuklear berkenaan.
Semalam Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, sedia ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik ini, jadi kita berharap India dapat menyambut baik rundingan berkenaan.
Ketegangan kian memuncak apabila kedua-dua pihak mendakwa saling menembak jatuh jet tempur satu sama lain, baru-baru ini.
Sumber : Berita Harian